Kemenangan seseorang calon itu tidak hanya bergantung kepada faktor calon tempatan, kata Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor.<br /><br />Menurutnya, banyak faktor menyumbang kemenangan termasuk ketokohan, kerana ada calon yang sudah cukup dikenali atas kredibiliti kepimpinannya yang boleh menjadi faktor kemenangan di sesebuah kawasan.
